09 Ogos, 2017

Lampu Gearbox Saga FLX Menyala


Hari ni aku nak berkongsi pasal lampu gearbox saga FLX yang menyala tiba-tiba. Aku dah guna FLX 1.6 ni dekat 5 tahun setakat ni tak banyak problem la cuma tahun lepas mounting enjin kena tukar pasal enjin bergegar dan bunyi enjin masuk dalam kereta. Bising sesangat sampai nak berborak dengan orang sebelah pun kena menjerit-jerit. 

Aku tanya member aka jiran aku yang pakai saga flx juga, dia kata kawan dia pernah kena macam aku, bila tukar mounting terus okay. aku pun dengan muka confidentnya terus pergi bengkel mintak diaorang check mounting aku. Bila diaorang check confirm ada 1 mounting rosak. Tukar yang rosak tu terus senyap sikit enjin aku... aiii macam-macam...

Lampu gearbox tiba-tiba menyala

Lampu gearbox menyala

Minggu lepas masa on the way nak balik rumah dari office aku, tengah aku tekan minyak nak memotong kereta...tiba-tiba lampu gearbox saga flx aku menyala. Dia kejap-kejap menyala.. tak lama lepas tu mati kemudian nyala balik...intermittent orang IT kata la...huhuhu. Aku dah risau gearbox aku jahanam pasal aku memang akui ari tu masa nak kena major servis, staff proton tu suruh tukar minyak gear... aku tak tukar pun. Mahal siot... dalam RM400 ratus rasanya.

So aku dah terbayang minyak gear kurang ke apa ke... semua problem yang major-major. Melayang jugakla beratus-ratus duit aku ni... 😭