Lama dah aku tak update blog ni. Sementara aku masih dalam mc ni aku nak update dan nak share dengan semua pembaca blog aku(kalau ada la) mengenai slipped disc dan saraf sciatica ni.
Untuk pengetahuan korang aku kena penyakit ni pada 29hb November 2018 dan sehingga hari ini masih dalam proses penyembuhan lagi. Terus terang aku katakan. pada mulanya aku tak tau apa benda sakit slipped disc ni. Bila kawan-kawan aku cakap diaorang kena slipped disc aku bayangkan disc tulang kat bahagian punggung tu yang tergelincir. Pada waktu itu aku beranggapan slipped disc penyakit yang biasa2 aja kerana aku tengok kawan2 aku yang kena penyakit ni semua boleh berjalan macam biasa. Ada seorang kawan aku ni dia ada penyakit ni sampai hari ni tapi masih boleh kayuh basikal, mendaki bukit dan gunung lagi. Kalau dia terasa sakit baru dia rehat dan pergi berurut dengan sorang warga Indon yang bekerja di Port Dickson.
Sebelum kena tu aku dah memang terasa bahagian tepi luar peha dan betis aku kerap sakit2(kebas dan tegang), lebih2 lagi kalau aku aktif dalam minggu tu. Banyak jogging atau main futsal. Rasa kebas dan kejang kadang2 tu sampai nak tidur malam pun tak boleh. Bila sakit tu datang aku biasanya akan sapu minyak panas dan pergi berurut dan kalau masih tak hilang, aku akan pergi ke klinik ambik ubat tahan sakit. Doktor akan cakap, "Ooo sakit pinggang ni. Pasal tu peha awak sakit.". Aku angguk ajala tanda faham tapi doktor tak terangkan secara lebih lanjut. Jadi aku pun ingat sakit pinggang biasala. Bila telan ubat tahan sakit, hilangla sakit tu.
Untuk pengetahuan korang aku kena penyakit ni pada 29hb November 2018 dan sehingga hari ini masih dalam proses penyembuhan lagi. Terus terang aku katakan. pada mulanya aku tak tau apa benda sakit slipped disc ni. Bila kawan-kawan aku cakap diaorang kena slipped disc aku bayangkan disc tulang kat bahagian punggung tu yang tergelincir. Pada waktu itu aku beranggapan slipped disc penyakit yang biasa2 aja kerana aku tengok kawan2 aku yang kena penyakit ni semua boleh berjalan macam biasa. Ada seorang kawan aku ni dia ada penyakit ni sampai hari ni tapi masih boleh kayuh basikal, mendaki bukit dan gunung lagi. Kalau dia terasa sakit baru dia rehat dan pergi berurut dengan sorang warga Indon yang bekerja di Port Dickson.
Sebelum kena tu aku dah memang terasa bahagian tepi luar peha dan betis aku kerap sakit2(kebas dan tegang), lebih2 lagi kalau aku aktif dalam minggu tu. Banyak jogging atau main futsal. Rasa kebas dan kejang kadang2 tu sampai nak tidur malam pun tak boleh. Bila sakit tu datang aku biasanya akan sapu minyak panas dan pergi berurut dan kalau masih tak hilang, aku akan pergi ke klinik ambik ubat tahan sakit. Doktor akan cakap, "Ooo sakit pinggang ni. Pasal tu peha awak sakit.". Aku angguk ajala tanda faham tapi doktor tak terangkan secara lebih lanjut. Jadi aku pun ingat sakit pinggang biasala. Bila telan ubat tahan sakit, hilangla sakit tu.
Untuk pengetahuan korang aku ni masa muda2 sebelum umur 4 series ni memang aktif bersukan. Main bola la, badminton la, futsal la semua aku masuk. Jadi tak heran la kalau dah 4 series ni bila otot dah kendur, sakit2 semua datang. Mula2 yang datang, lutut sebelah kiri aku. Aku terpaksa buat minor surgery kerana meniscus aku koyak dan tulang rawan terhakis. Jadi bulan September 2018 aku pun buat la prosedur tu untuk buang meniscus yang koyak dan masukkan gel untuk membantu pertumbuhan tulang rawan aku. Masa pembedahan tu aku dibius separuh badan. Pakar bius cucuk di bahagian belakang pinggang aku. Sakit wooo. Dan aku percaya salah satu penyumbang sampai aku kena slipped disc ni adalah suntikan bius tu. Pasal dia suntik betul2 di bahagian tulang belakang.... yang buat aku syak kerana doktor yang rawat slipped disc aku ni bila dia tengok rekod perubatan aku dia tanya, "Masa buat lutut tu dia injek kat bahagian mana?" Bila aku cakap kat pinggang dia cuma kata,"Oooooo....." dan buat muka macam patutla kena slipped disc. Cuma dia tak cakap aja.
Ok aku nak cerita macam mana aku kena sakit slipped disc ni, 2 minggu sebelum kena slipped disc ni aku dah terasa sakit kat bahagian pinggang ni. Jadi aku mula la mencari tukang urut yang biasa aku berurut tapi malangnya semua sibuk. So aku biarkan aja la dan cuma makan ubat Penadol extend. Bila makan, hilangla sakit aku tu. Tapi aku mula perasan macam ada satu yang tak kena aja, kerana bila aku berjalan, terasa kaki kanan aku ni macam panjang sebelah. Bila berjalan tapak kasut sebelah kanan ni akan bergesel dengan jalan. Kawan2 aku semua tanya kenapa aku jalan macam tu? Aku jawab lutut kiri aku tak baik sangat jadi terpaksa la jalan macam tu.
Dua hari sebelum kena slipped disc, aku kena kerja malam kerana ada network switch yang problem di KLIA2. Malam tu aku dah terasa sakit pinggang jadi aku makan la penadol extend dan hilangla sakit tu. Pagi tu aku balik dalam pukul 5.30 am. Pinggang aku terasa masih sakit. Aku beranggapan aku tak cukup rehat dan kalau siang tu aku tidur hilangla sakit pinggang aku tu. So siang tu aku bantai la tido sampai pukul 1 petang. Bila aku bangun tidur terasa legalah sikit sakit pinggang aku tu. Jadi aku ingat ok la. Malam 29hb November 2018 tu aku kena kerja malam juga kerana nak buat preventive maintenance untuk network switch di KLIA2 pula.
Malam 29hb tu kawan aku pun tegur aku kenapa makin lain aja cara aku jalan? Aku cakap biasalah lutut kiri masih tak elok lagi. Bila buat kerja preventive maintenance ni biasalah kena duduk, mencangkung dan bangun untuk bersihkan switch tu. Aku dah terasa makin sakit pinggang aku. Tapi macam biasa aku anggap bila rehat dan tidur ok lah pinggang ni. Pagi tu aku balik rumah macam biasa dalam pukul 4 - 5 am baru balik rumah dan terus tidur.
Aku bangun tidur lebih kurang dalam pukul 7 pagi. Pagi Khamis 29hb November 2018 aku dah rancang nak servis kereta. Anak aku Kak Lang dan yang bongsu lelaki tak sekolah hari tu so terpaksa lah aku bawak sekali. Masa menunggu servis kereta di Bangi tu terasa pinggang makin sakit. Aku masih bertahan lagi. Habis servis kereta, aku gerak ke putrajaya pulak nak hantar dokumen dekat pembeli kereta lama aku. Dia tak kerja hari tu tapi minta tinggalkan dokumen tu pada security. Dalam perjalanan ke sana aku isi minyak dulu. Ingat nak beratur nak keluarkan duit di Petronas tapi aku terasa kaki kanan aku makin sakit sampai nak bergerak pun susah.
Aku tak jadi nak isi minyak terus ke office pembeli kereta aku tu di GDC plant Putrajaya. Aku parking kereta dan mintak anak2 tunggu dekat dalam kereta dan kunci kereta. Sementara aku pula masuk ke dalam bangunan GDC nak serah dokumen. Masa nak serah dokumen kat security tu dia suruh tunggu pasal dia pekerja baru, mintak tunggu member dia yang dah lama kerja. Aku cakap kat dia,"Bang saya sakit pinggang dan kaki ni tak boleh tunggu lama2.". Dia suruh aku duduk, aku tak mahu. Aku cakap nanti kalau dah duduk aku tak boleh bangun pulak pasal tengah sakit ni. Dia kata sekejap ya, tunggu kawan dia yang tengah kat atas masa tu. Akhirnya aku telefon la pembeli kereta aku ni suruh dia cakap sendiri dengan pak guard tu. Lepas dia dah terangkan dengan pak guard tu barulah la pak guard berani nak terima dan simpankan dokumen tu untuk pembeli kereta aku tu. Dengan terhincut2 aku berjalan keluar dari bangunan tu. Aku ingat boleh sampaila kat kereta aku tu. Pasal jarak antara kereta tu dengan pintu keluar tak lah jauh mana lebih kurang dalam 10 meter aja. Sebaik saja aku melangkah keluar dari bangunan tu, kaki kanan aku jadi makin teruk sakitnya. Sehingga nak melangkah pun tak boleh!
Aku terus terkaku tak boleh bergerak masa tu. Nak undur sakit, nak melangkah ke depan pun sakit. Sakit yang teramat sakit. Tak ada tempat untuk aku berpaut atau bersandar. Tak ada tempat untuk aku berpegang. Dalam 2 - 3 meter dari tempat aku berdiri tu aku nampak ada papan tanda jalan. Aku tahan sakit sedaya upaya dan bergerak sambil meraung2 untuk sampai ke papan tanda tu. Walaupun hanya perlukan 3 - 4 langkah saja untuk sampai tapi oleh kerana sakit sangat ianya menjadi begitu susah dan azab. Bila sampai ke tiang papan tanda tu aku pun berpaut la sambil berdiri menahan sakit. Aku cuba telefon isteri aku tetapi tak berjawab. Anak aku yang bongsu nampak aku berdiri dan sakit macam tu nak keluar kereta nak tolong aku. Aku cakap kat dia, jangan keluar. Dia masih kecik lagi baru 7 tahun. Aku suruh dia duduk dalam kereta dengan kakak dia. Masa tu aku habis idea macam mana nak buat. Orang pulak tak ada lalu lalang masa tu... Ada aku dengar orang berbual tapi masa tu diaorang agak jauh dari tempat aku berdiri tu.
Alhamdulilah dalam 10 minit tu ada pekerja GDC yang lalu dekat dengan aku. Aku bagi salam dan panggil dia. " Assalamu' alaikum bang, mintak tolong boleh," tanyaku sambil tangan berpaut pada tiang papan tanda tu.
"Tolong apa?" tanyanya
"Mintak tolong hantar saya ke kereta saya depan tu boleh tak? Kaki saya sakit tak boleh jalan."
Dia tengok aku dan kata ok. Dia suruh aku berpaut pada bahu dia. Bila berpaut tu aku meraung2 la sakit. Masa tu la kawan2 dia dalam 3 - 4 orang lalu dan tegur dia. Kawan2 dia tanya kenapa? Aku cakap la kaki sakit, tak boleh nak jalan. Ada sorang kawan dia ni tanya,"Gout ke bang?". Aku cakap, tak lah, tak tau kenapa.
Lepas tu diaorang beramai2 papah aku ke kereta. Masa tu aku dah meraung2 kesakitan lebih2 lagi masa diaorang nak masukkan aku dekat tempat duduk belakang. Sampai mengalir air mata aku. Bila diaorang tengok aku dah macam tu lagi lah kelam kabut diaorang nak telefon ambulan. Aku cakap tak payah call. Tolong hantar saya ke hospital Putrajaya saja. Bila duduk kurang sikit sakit aku. Jadi diaorang yang baik hati ni hantarlah aku dan anak2 ke hospital Putrajaya bahagian kecemasan. Masa dalam perjalanan nak ke hospital tu aku suruh lah kak lang telefon isteri aku. Masih tak berjawab.
Diaorang ni bawak lah kereta aku hantar aku dan anak2 ke hospital. Sampai di hospital baru isteri aku telefon, oleh kerana aku masa tu tengah sakit nak keluar dari kereta aku suruh kak lang cakap kat mama dia, ayah suruh pergi bahagian kecemasan di hospital Putrajaya. Hamba2 Allah ni turunkan aku depan pintu hospital tu lepas ambik kerusi roda untuk aku, Lepas tu diaorang parking kereta bawak anak Kak Lang supaya nanti bila isteri aku sampai dia boleh tunjukkan kereta tu kat mana.
Masa tu aku tak boleh nak buat apa dah. Walaupun risau anak terpaksa ikut hamba Allah tu tapi kerana aku tengah sakit masa tu... terpaksalah bertawakal kepada ALLAH.
memang sakit kena slip disc ni
BalasPadam