Kali ini aku nak berkongsi dan sambil-sambil tu mengingatkan diri aku cara-cara untuk configure extremenetworks dengan Cisco AP Aironet 1200 series. Sebelum ni aku cuma enable kan power inline sahaja dan ianya berjaya untuk ap jenis lain seperti ruckuss dan sebagainya tetapi tidak untuk cisco aironet 1200 series.
Buat pengetahuan semua, sebelum ni AP cisco aironet 1200 series connect to cisco switch 2950 bukan switch yang ada kapasiti power over ethernet(poe). Aironet 1200 series berfungsi dengan menggunakan cisco power injector. Memandangkan ianya teknologi lama dan network di tempat aku bekerja ni semakin berkembang dan cisco injector sudah semakin pupus, so my boss membuat keputusan untuk menukar cisco 2950 kepada extremenetworks 440-24t switch yang lebih ranggi dan daring warnanya...huhuhu