13 Januari, 2014

How to configure poe in extremenetworks 440 switch to work with Cisco AIRONET 1200 series Access Point.

                  Kali ini aku nak berkongsi dan sambil-sambil tu mengingatkan diri aku cara-cara untuk configure extremenetworks dengan Cisco AP Aironet 1200 series. Sebelum ni aku cuma enable kan power inline sahaja dan ianya berjaya untuk ap jenis lain seperti ruckuss dan sebagainya tetapi tidak untuk cisco aironet 1200 series.
                  Buat pengetahuan semua, sebelum ni AP cisco aironet 1200 series connect to cisco switch 2950 bukan switch yang ada kapasiti power over ethernet(poe). Aironet 1200 series berfungsi dengan menggunakan cisco power injector. Memandangkan ianya teknologi lama dan network di tempat aku bekerja ni semakin berkembang dan cisco injector sudah semakin pupus, so my boss membuat keputusan untuk menukar cisco 2950 kepada extremenetworks 440-24t switch yang lebih ranggi dan daring warnanya...huhuhu


Extremenetworks 440-24t


AP Ruckuss

                  Mungkin kerana ap tu model lama jadi ianya masih menggunakan teknologi yang mementingkan "proprietary". Cisco menggunakan teknologi CDP iaitu cisco discovery protocol untuk ia berfungsi. Apa yang menjadikan aku bertambah bengang ialah jika kabel CAT5e dicucuk ke Cisco switch ap tersebut hidup dan berfungsi tetapi tidak dengan extremenetworks.
Inilah Cisco Aironet 1200 series yang menyusahkan aku....

                     Setelah jenuh selama 2 hari aku mencari solusi dengan cara buat cross cable ler tukar patch cord ler...buat straight cable ler.....semua jenis cable dah try termasuk dengan mencari di internet akhirnya aku mengalah dan terpaksa juga ler call extremenetworks support iaitu Wan J. 
                    Sebenar-benarnya, caranya mudah sahaja....alhamdulilah....walaupun geram gak sebenarnya....
log in to extremenetworks switch and type this command:
# enable inline-power legacy <enter>
pastikan port yang dikehendaki telah di enable kan "poe" nya. By default poe is in off condition. Let say port 11 is going to be used for AP. Type below command to turn on poe.
# enable inline-power port 11 <enter>

done.....tunggu dalam beberapa saat dan walaaaaaaa.........wuaaaaaaaaaaaaaaa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan