09 Mac, 2015

How to create username and password in extremenetwork switch with admin level.

Lama dah tak menulis. Okay kali ini aku nak ingatkan bagaimana cara untuk configure username dan password untuk extremenetworks switch.

Sebelum tu pada sesiapa yang tak pernah tengok switch brand Extremenetworks. Di bawah ini disertakan sekali gambarnya.





Untuk pengetahuan akaun admin dan guest adalah berbeza. Untuk yang tak tahu... bila username admin digunakan bermakna korang boleh buat apa saja dalam switch tu. Nak menjahanamkan pun boleh

Kalau username guest bermakna korang cuma boleh tengok aja. Nak configure tu dilarang sama sekali. Setakat nak tengok log bolehlah.

Pertama: login ke extremenetworks switch.

login: admin
password: <enter>

Selepas itu jika nak configure password admin sahaja cuma perlu taip:-

configure accounts admin <enter>
password: <masukkan password anda>
re-enter password: <masukkan sekali lagi password yang sama>

kalau nak configure username guest gunakan juga langkah yang sama. Gantikan admin dengan guest.

Untuk configure username selain daripada admin. Contoh jika anda nak configure nama Ali sebagai level "admin" maknannya boleh configure apa saja dalam switch ni. sila gunakan command ini.

create account admin ali
password:
Reenter password:

kalau nak create account ali sebagai guest pula gantikan admin dengan guest.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan