17 Januari, 2021

Borang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Fail PDF untuk muatturun


Bermula tahun 2020 - 2021 seluruh dunia diserang virus Covid19 yang bermula di Wuhan, China. Sehingga hari ini para saintis masih lagi tidak menjumpai ubat yang mampu menyembuhkan penyakit covid19. Tak tahulah sampai bila akan berakhir. Harapnya dengan vaksin yang dihasilkan mampu mencegah dan menghentikan terus penyebaran virus ini.

Bagi membendung supaya virus covid 19 ini dari menjadi lebih teruk, kerajaan telah melaksanakan langkah perintah kawalan pergerakan(PKP), PKPB dan juga PKPP di seluruh negara. Sebarang pergerakan akan dikawal dan dihadkan terutamanya negeri zon merah dikenakan PKP dan PKPB.

Tetapi jika anda memang perlu merentas negeri dengan sebab-sebab kecemasan atau kerana sebab kerja dan sebagainya. Anda semua perlu mendapatkan kebenaran daripada balai polis berdekatan kawasan anda. Tetapi sebelum itu anda perlu mengisi borang permit kebenaran merentas negeri atau daerah. Iaitu borang Perintah kawalan pergerakan (PKP) atau Perintah kawalan pergerakan Bersyarat (PKPB) terlebih dahulu.

Kepada sesiapa yang memerlukan borang PKP atau  PKPB untuk merentas negeri atau daerah boleh dapatkan di bawah.


Untuk download borang PKP pdf rentas negeri dan daerah, sila klik -> Borang PKP pdf



Untuk download borang PKPB pdf rentas negeri dan daerah, sila klik -> Borang PKPB pdf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan