20 Januari, 2021

Terhasilnya eBook Network troubleshooting guide for beginner

Kepada semua pembaca, eBook ini sebenarnya sudah lama saya siapkan tetapi kerana kesibukan, masa dan segala macam halangan dan kekangan... semuanya menjadi asbab kenapa saya mengambil masa yang lama untuk publish eBook sulung saya ini. Pada hari Ahad 17hb Jan 2021 bersamaan 04hb Jamadilakhir 1442, entah kenapa tetiba naik semangat pula untuk sambung kembali projek eBook ni. Mungkin juga kerana sempena azam tahun baru 2021...

Untuk info, eBook ini siap pada tahun 2018 lagi dan eBook ini dikarang berdasarkan pengalaman saya sendiri yang bekerja sebagai network engineer sejak tahun 1998 lagi. Bayangkan berapa lama dah pengalaman dan usia saya sekarang,,,👦👨👴 Semua maklumat dalam eBook ni adalah berdasarkan pengalaman saya dalam melakukan network troubleshooting atau dalam bahasa ibunda kita disebut "pembaikpulihan". Pembaikpulihan segala isu yang berkaitan dengan sistem network terutamanya Local Area Network(LAN).


17 Januari, 2021

Network Troubleshooting Guide for Beginner. Based on 18 years of experiences in Network Troubleshooting.

Network Troubleshooting Guide for Beginner 
Based on 18 years of experiences in Network Troubleshooting.
Do you have Network issue with your computer? 
Hiring IT or network technician is EXPENSIVE??
 Or 
You are a Junior IT Tech support that want to gain knowledge so you can IMPRESS your Boss??


No more worries, Proven Network troubleshooting method will be exposed!

Borang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Fail PDF untuk muatturun


Bermula tahun 2020 - 2021 seluruh dunia diserang virus Covid19 yang bermula di Wuhan, China. Sehingga hari ini para saintis masih lagi tidak menjumpai ubat yang mampu menyembuhkan penyakit covid19. Tak tahulah sampai bila akan berakhir. Harapnya dengan vaksin yang dihasilkan mampu mencegah dan menghentikan terus penyebaran virus ini.

17 Februari, 2019

Aku kena sakit slipped disc dan sciatica

Lama dah aku tak update blog ni. Sementara aku masih dalam mc ni aku nak update dan nak share dengan semua pembaca blog aku(kalau ada la) mengenai slipped disc dan saraf sciatica ni.

Untuk pengetahuan korang aku kena penyakit ni pada 29hb November 2018 dan sehingga hari ini masih dalam proses penyembuhan lagi. Terus terang aku katakan. pada mulanya aku tak tau apa benda sakit slipped disc ni. Bila kawan-kawan aku cakap diaorang kena slipped disc aku bayangkan disc tulang kat bahagian punggung tu yang tergelincir. Pada waktu itu aku beranggapan slipped disc penyakit yang biasa2 aja kerana aku tengok kawan2 aku yang kena penyakit ni semua boleh berjalan macam biasa. Ada seorang kawan aku ni dia ada penyakit ni sampai hari ni tapi masih boleh kayuh basikal, mendaki bukit dan gunung lagi. Kalau dia terasa sakit baru dia rehat dan pergi berurut dengan sorang warga Indon yang bekerja di Port Dickson.

Sebelum kena tu aku dah memang terasa bahagian tepi luar peha dan betis aku kerap sakit2(kebas dan tegang), lebih2 lagi kalau aku aktif dalam minggu tu. Banyak jogging atau main futsal. Rasa kebas dan kejang kadang2 tu sampai nak tidur malam pun tak boleh. Bila sakit tu datang aku biasanya akan sapu minyak panas dan pergi berurut dan kalau masih tak hilang, aku akan pergi ke klinik ambik ubat tahan sakit. Doktor akan cakap, "Ooo sakit pinggang ni. Pasal tu peha awak sakit.". Aku angguk ajala tanda faham tapi doktor tak terangkan secara lebih lanjut. Jadi aku pun ingat sakit pinggang biasala. Bila telan ubat tahan sakit, hilangla sakit tu.

09 Ogos, 2017

Lampu Gearbox Saga FLX Menyala


Hari ni aku nak berkongsi pasal lampu gearbox saga FLX yang menyala tiba-tiba. Aku dah guna FLX 1.6 ni dekat 5 tahun setakat ni tak banyak problem la cuma tahun lepas mounting enjin kena tukar pasal enjin bergegar dan bunyi enjin masuk dalam kereta. Bising sesangat sampai nak berborak dengan orang sebelah pun kena menjerit-jerit. 

Aku tanya member aka jiran aku yang pakai saga flx juga, dia kata kawan dia pernah kena macam aku, bila tukar mounting terus okay. aku pun dengan muka confidentnya terus pergi bengkel mintak diaorang check mounting aku. Bila diaorang check confirm ada 1 mounting rosak. Tukar yang rosak tu terus senyap sikit enjin aku... aiii macam-macam...

Lampu gearbox tiba-tiba menyala

Lampu gearbox menyala

Minggu lepas masa on the way nak balik rumah dari office aku, tengah aku tekan minyak nak memotong kereta...tiba-tiba lampu gearbox saga flx aku menyala. Dia kejap-kejap menyala.. tak lama lepas tu mati kemudian nyala balik...intermittent orang IT kata la...huhuhu. Aku dah risau gearbox aku jahanam pasal aku memang akui ari tu masa nak kena major servis, staff proton tu suruh tukar minyak gear... aku tak tukar pun. Mahal siot... dalam RM400 ratus rasanya.

So aku dah terbayang minyak gear kurang ke apa ke... semua problem yang major-major. Melayang jugakla beratus-ratus duit aku ni... 😭