20 Januari, 2021

Terhasilnya eBook Network troubleshooting guide for beginner

Kepada semua pembaca, eBook ini sebenarnya sudah lama saya siapkan tetapi kerana kesibukan, masa dan segala macam halangan dan kekangan... semuanya menjadi asbab kenapa saya mengambil masa yang lama untuk publish eBook sulung saya ini. Pada hari Ahad 17hb Jan 2021 bersamaan 04hb Jamadilakhir 1442, entah kenapa tetiba naik semangat pula untuk sambung kembali projek eBook ni. Mungkin juga kerana sempena azam tahun baru 2021...

Untuk info, eBook ini siap pada tahun 2018 lagi dan eBook ini dikarang berdasarkan pengalaman saya sendiri yang bekerja sebagai network engineer sejak tahun 1998 lagi. Bayangkan berapa lama dah pengalaman dan usia saya sekarang,,,👦👨👴 Semua maklumat dalam eBook ni adalah berdasarkan pengalaman saya dalam melakukan network troubleshooting atau dalam bahasa ibunda kita disebut "pembaikpulihan". Pembaikpulihan segala isu yang berkaitan dengan sistem network terutamanya Local Area Network(LAN).




Demi menjaga maklumat-maklumat yang dikira agak sensitif kepada syarikat tempat saya bekerja, terdapat perkara-perkara yang terpaksa saya tukar seperti nama tempat, nama penyewa, nama sistem dan lain-lain yang berkaitan dengan syarikat tempat saya bekerja.. Bagaimanapun situasi dan pengalaman yang saya cerita kan dalam eBook ini adalah benar, sebenar-benarnya dan juga terbukti berkesan.

Ebook ini dikarang dalam bahasa Inggeris tetapi bahasa Inggeris yang mudah difahami atau orang kita kata "Manglish". Tidak menggunakan bahasa Inggeris yang sofistikated atau level Oxford english dictionary. Cuma simple English sahaja, yang mana saya yakin pelajar sekolah rendah pun boleh faham apa yang saya tulis.(Kerana apa saya karang dalam bahasa Inggeris?? kerana tujuan asal saya sebenarnya adalah untuk international market.... 😅)

Kepada rakyat Malaysia yang berminat terutamanya kepada mereka yang sedang belajar mengenai sistem rangkaian komputer atau computer networking,  junior network engineer, juruteknik komputer atau sesiapa sahaja yang berminat membaca, boleh email saya segera. Saya akan beri diskaun khas untuk rakyat Malaysia...bagaimanapun tawaran ini hanya terhad kepada 20 19 18 pembeli terawal sahaja. 

Klik sini 👉👉 Emel saya sekarang juga.

Untuk membaca promo dalam bahasa Inggeris, anda boleh baca di SINI ðŸ‘ˆ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan