24 April, 2013

Rabu 14 Jamadil Akhir 1434/ 24 haribulan April. Aku telah berjaya berhenti merokok!!!

Aduiiii malasnya nak update blog....sebenarnya hidup aku ni memang menarik tiap2 hari penuh dengan cabaran dan dugaan ...(aku rasa hidup korang pun sama gak kot) cuma aku ni bab2 menulis ni memang malas betul lah....Agak-agaknya bila lah orang nak cipta apps yang boleh convert suara kepada tulisan...kan senang sikit...huhuhu

Hari ni aku nak cerita tentang kejayaan aku berhenti merokok!!



Okay buat pengetahuan korang aku dah berjaya berhenti rokok selama 186 hari dan berjaya jimat sehingga RM1681.95...alhamdulilah...semoga berkekalan ler hendaknya... Anyway apa yang aku nak kongsi dekat sini ialah betapa susahnya nak berhenti rokok ni...Siapa cakap senang tuh maknanya dia sebelum ni memang bukan perokok tegar ler... Aku sebelum ni memang kaki rokok sehari maksima 25 batang minima 15 batang... 2 jam tak dapat rokok mula tak keruan....

Pada aku apa yang penting untuk ko berhenti merokok ni ialah semangat dan paling penting sekali...jangan putus asa. Sentiasa tanam dalam minda ko mengatakan aku pasti berjaya berhenti merokok satu hari nanti...dan aku tak pernah berhenti mintak tips kat orang-oraang yang berjaya berhenti merokok ni...Buat pengetahuan korang sebelum ni aku mencuba lebih 10 kali ler...dan tak pernahnya berjaya guna niquitin ler, beli rokok sebatang-sebatang ler...tunggu bulan puasa la....tapi itu semuanya tinggal sejarah... Aku pernah cerita sebelum ni aku download apps kan dekat google play..Kalau korang nak cuba, download lah apps ni cessation nation... bagus pasal ianya bakar semangat ko...huhuhu...dan akhirnya aku berjaya jugak....aminnn...kekalkanlah ya ALLAH.

 

Dan lagi aku sentiasa terfikir tentang anak-anak aku yang sentiasa memerhatikan aku dan kekadang bila diaorang bermain dia orang boleh lak main-main mengayakan menghisap pensel seperti sedang menghisap rokok...Tidak termasuk dengan kesihatan diaorang lagi yang sensitif dengan asap...Walaupun aku hisap rokok jauh di luar rumah tetapi kekadang ialah budak-budak kan, bila nampak kita keluar mula lah berlari keluar pergi kat kita... Faktor-faktor seperti ini semakin menguatkan semangat aku untuk berhenti merokok.



Apa pun kesan yang pertama yang akan ko rasa ialah hati ko cepat panas baran, ko makin kuat makan kerana nak ganti nikotin dalam badan dan ko akan rasa mengantuk...ini semua akan korang rasa 2 bulan awal dan masuk bulan seterusnya semua tuh hilang cuma kekadang terasa nak hisap tapi tak ler sekuat masa ko merokok yang kekadang jika rokok habis walau ribut melanda ssanggup meredah ribut untuk ke kedai..huhuhu



Okaylah aku rasa cukuplah sampai sini dulu kalau korang ada apa-apa soalan nak tanya aku persilakan lah...InsyaALLAH aku akan jawap sebaik mungkin...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan