lama gak dah tak update blog ni...anyway aku nak update baru2 ni pada 21hb Ogos 2013 aku telah selesai menjalani pembedahan membuang tonsil dan meluruskan balik hidung aku yang bengkok. Sakit ni dah lama tapi aku diam kan aja hingga satu hari aku dah x boleh tahan seksanya...nak bernafas pun susah tidur asyik berdengkur...pastu selang sebulan mesti demam..pasal tonsil bengkak... Last2 aku ambik keputusan untuk buang aja tonsil tu....
Menderitaler dekat 2 minggu sakit tonsil tu...tapi lama2 okay ler cuma aku terasa lain le bila bercakap macam ada something yang berdesing dalam tekak bila bercakap... hidung aku sampai ke hari ni masih belum okay sepenuhnya ...kuping luka tuh masih terhasil walau setelah kerap kali dibersihkan menggunakan ubat2 yang pihak hospital bagi. tensen I dibuatnya... huhuhu
Anyway aku nak citer...supaya aku tak lupa dan mana tau dapat membantu korang yang tengah tensen sekarang ni kerana fail korup ker atau terdelete ke.... Nak jadi cerita aku terlupa WEP key yang aku configure dalam CISCO AP dekat tempat aku kerja ni...Nak tengok balik dalam AP memang dah tak boleh pasal WEP tu dah di encrypted..jenuh aku search kat internet macam2 aku try untuk decrypt balik tapi semua tak berjaya...
Aku ingat aku ada save dalam external hard disk aku tapi masalahnya fail notepad yang aku dah save tu dah korup@jahanam pasal fail tu aku recover balik dari pc lama...wuaaaaa...aku sikitnya gelabah ler hari ini... Kontraktor dah sibuk mintak...Akhirnya aku terjumpa satu website mat salleh ni dia kata ramai yang kata software yang kat internet yang digunakan untuk file recovery tak berjaya tapi sebenarnya kata dia...banyak yang okay so dia rekomen ler 10 software yang okay...so aku try ler salah satunya iaitu Recuva... Sebelum tu aku dah try Pendora tapi tak berjaya so langkah terakhir aku try lak Recuva.
Alhamdulilah aku nak bagitau korang suma...ianya berjaya. Aku nak kongsi dengan korang ni...memula download Recuva dan install program ni. Jangan takut benda ni free lagi. Pastu ikut langkah kat bawah:
1. Buka Recuva
2. Ignore segala tips popup tu
3. Tapi kalau nak cari file yang dah lama delete jangan di ignore popup tu..Sila ikut arahan popup tu.
4. Kalau setakat nak recover notepad file:
- Klik button option
- Klik button Action
- Klik Scan for non-deleted files.
- Klik ok
- Pastu pilih tempat untuk di scan. Sama ada di local disk (c:) atau (d:) atau (g:)
- Pastu pilih program apa untuk di scan document, pictures atau sebagainya
- Pastu klik button scan.
- Dah jumpa pastu tick file yang nak di recover tu....tak kisah 1 atau 10 jenis pun pastu klik button recover.
- Save di tempat yang mudah dicari seperti desktop atau sebagainya...
- Senang bukan...
Okaylah aku rasa cukuplah sampai sini..kalau korang tak faham explore ler sendiri...kalau nak tanya aku pun boleh...insha allah aku akan jawap tapi lambat ler ek..maklum le aku bukan blogging 24 jam...
wassalammmm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan